Aku dapat tawaran masuk SM Vokasional. Mulanya, aku dengan yakin mendaftar and bawa terus keperluan asrama. Selesai semuanya, terus masuk dorm. Jumpa kawan baru (kawan?) Daisy, Amy, Lorna , dan Veron. Memandangkan aku seorang saja yang muslim dalam bilik tu, perasaan dipulaukan itu mmg ada tp aku nda kisah. mungkin kami nda banyak spent time sama sama sbb muslim byk aktiviti disurau. diorang ni comel comel juga.
Then, ada pengumuman turun bawah untuk beriadah (aku first time tinggal asrama) Tiba2 sorang senior (senior? hmm) jerit, "Rebecca , Rebecca !!"
aku terkejut, terus tanya, "Kenapa?". "Kamu ni muslim kan. Peraturan asrama di sini, setiap pelajar muslim mestilah menutup aurat, Setiap kali kamu keluar selangkah dari bilik kamu, kamu mesti pkai tudung!"
Okay......i have no idea yang mesti pakai tudung di kwsn asrama.
"Cepat pergi pakai tudung dan turun bawah dalam masa 1 minit, kalau lambat, denda!"
Oh my god. Aku terus lari naik atas (bilik kami tingkat paling atas) cari tudung, nasib ada bawa satu.
Terus turun. sampai bawah, ada lagi senior tegur, "Adik,kamu ada baju lain ka? baju kamu ni ketat betul." Aku malas mau fikir, aku cakap ja la tiada
"Lain kali jangan pakai macam ni lagi"
"okay, sorry.."
Then, ada lagi satu senior ni tegur, entah lah apa lagi kali ni... "Rebecca , kamu teda cover hand? kalau mau keluar pintu asrama tu mesti pkai cover hand" "okay, saya naik atas dulu."
waktu jalan menuju ke bilik ni laa, aku start suda fikir macam macam, mmg nangis suda time ni, (fragile kan)
aku selongkar almari, nampak jaket, pakai jaket tu la sbb aku xda bawa cover hand.
"kak , boleh macam ni?"
"Sebenarnya x boleh pakai jaket d sini, kecuali musim hujan , tapi tak apalah memandangkan kamu ni junior baru d sini,"
sabarlaaa hati.......
Selama 7 hari ,agak sengsara kehidupan aku di asrama ni (entah mungkin first time rasa) .Tiap hari didenda (skuad jump) Kadang kadang tdur jam 3 or 1 pagi. Honestly, menyampah btl tgk senior senior semua tu, rasa diri tu tinggi sgt, tapi sometimes nampak bod*h. mengalahkan warden ( aku nda pernah terima sistem senior dera junior ni, kau teda dapat faedah pun. benci membenci, berdendam adalah. Itu bukan caranya kau mau gain respect from other people) and ada satu masa tu all the seniors kena denda sbb buat juniors tidur lewat. pdn muka.
Setiap hari call mummy. setiap saat rindu mummy, daddy. semua benda aku buat time tu semuanya mesti teringat family. yang lain risau tgk sebab takut aku sakit, menangis sepanjang masa haha (kalau risau, buat baik la dengan aku!)
then one day, hampir seminggu disini, waktu pemberian buku teks, aku baru tahu yg di sini tiada aliran science (sebab terlampau excited dulu, aku nda ambil tahu langsung pun benda ni).
So, apalagi call mummy utk minta pendapat and mummy suruh pindah. (sbnrnya bukan pasal perkara tu ja, ini melibatkan perasaan dan situasi hahahaha aliran sains tu one of my excuse ja tu)
"YEAYYYYYYYYYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!"
At first, ada masalah juga. Pelajar yang sudah berdaftar di sekolah teknik, tidak boleh memohon semula ke sekolah biasa, kena mohon di Putrajaya utk urusan perpindahan. (idk if its true sbb one of my senior yg ckp. manatau itu utk pujuk aku ja hehe)
Syukur Alhamdulillah my daddy berhasil urus semua (thanks to pengetua yang baik hati hehe)
Semuanya berjalan lancar .
Happy yang paling happy dapat kembali ke sekolah asal.
One of my kawan tanya, "Becca , x malu ka pindah sekolah asal balik?!"
Malu tu maybe ada ( sbb sda ucap kata kata perpisahan hahah) tapi disebabkan aku terlalu gembira and besyukur, aku buang perasaan malu tu haha
Semua ini macam mimpi. 7 hari pengalaman di sekolah teknik .
No comments:
Post a Comment